Experience: Temuduga Program JPA-JKPJ 2017

6:26 pm


Assalamualaikum semua :)

So, last Tuesday (4/4/17), akak (akak la kot haha) dah pergi menghadiri temuduga JPA-JKPJ untuk sesi 2017/2018 di UNITEN untuk Zon Tengah. Akak nak ceritakan sedikit sebanyak lah pengalaman akak di'interview' pada hari tu, ok? 

First of all, lepas dapat message, email semua pasal offer tu, akak macam eh? betul ke haha tapi takpa la orang dah bagi peluang kita accept jelah. Yang penting, do the best ^^ So, lepas dapat offer tu, akak mulalah search dekat Google pasal pengalaman orang lain yang pernah pergi interview ni atau apa yang kita panggil SAC (Student Assessment Centre). And itu jugaklah apa yang akak tulis sekarang ni haha. 

Apa yang perlu disediakan/dilakukan untuk temuduga ni?:

  1. Sediakan dokumen-dokumen yang pihak JPA dah senaraikan dalam surat tawaran yang korang dapat tu. Ingat! Susun ikut susunan yang diberi so that nanti waktu hari kejadian takda lah awak semua kelam kabut nak susun semua dokumen tu apabila disuruh oleh pegawai JPA :) Lebih baik jika awak susun dalam fail yang transparent or yang warna formal (hitam, putih, kelabu etc.) akak haritu bagi fail pink je haha. Actually, dia tak kisah pun korang nak bagi fail jenis apa. Nanti dia suruh bagi je fail selepas korang dipanggil ikut kelompok masing-masing dan selepas korang dah tandatangan untuk kehadiran. Lepas habis sesi interview, dia bagi balik fail tu kecuali SALINAN-SALINAN dokumen. Yang ori dia bagi balik. Oh, untuk dokumen yang diminta dibuat pengesahan, sila pergi ke sekolah adik-adik dan minta cop pengesahan daripada Pengetua ATAU Penolong Kanan HEM ATAU mana-mana pihak yang JPA dah senaraikan.
  2. Walaupun pihak JPA tak mintak (macam akak), but it's better for you to prepare your curriculum and extra-curricular certificates ^^ Fotostat semua sijil yang berkenaan dan mintak pengesahan daripada pihak sekolah (Pengetua/Penolong Kanan HEM). Better kita datang fully-prepared daripada gelabah kalau diminta sijil-sijil tu kan? Then, susun salinan tu semua bersama sijil ori dalam fail yang ada clear holder. Bahagikan ikut kategori macam Akademik, Kokurikulum, Anugerah Khas dll. Labelkan ok semua tu!
  3. Jangan lupa bawa alat tulis walaupun hanya sebatang pen dan sekeping kertas! Ini semua amat berguna semasa case study nanti.
  4. Next, penat kan susun sijil-sijil korang yang belambak tu? Haa, but it's not time for you to rest yet! Apa korang patut buat lepas dah settle bahagian di atas ialah research on current issues. Akak sarankan korang bukak online news portal ke apa ke macam Utusan, BH etc. and baca lah semua berita/artikel ikut kategori dia. Maybe benda ni nampak remeh tapi sangat berguna waktu case study/perbincangan berkumpulan nanti sebab topik dia memang berkaitan isu semasa. 
  5. Pakaian biar menepati kriteria yang ditetapkan. Kemas dan tidak mencolok mata :) Kita bukan sahaja akan diajukan soalan-soalan daripada pegawai JPA tu tapi kalau korang perasan nanti dia pandang dari atas sampai bawah pakaian korang. Yelah, kalau nak interview kerja nanti pun kena pakai kemas-kemas, ya bukan?
  6. Waktu interview, jangan diam. Mungkin jika adik-adik tergagap ke apa ke, adik jangan diam terus. Ambik masa, fikir slow-slow. Macam akak haritu fuhh nasib dapat jawab. Apabila ditanya dalam BM, jawab dlm BM, dan begitulah sebaliknya. And jangan lupa senyum haha.
Akak sampai UNITEN tu dalam 15 minit sebelum interview start. Jalan jem woi haha, Tapi interview start lambat sejam. Ok. Mula-mula sekali, bila pegawai JPA tu dah keluar dari bilik interview, dia akan bagi arahan supaya kita beratur ikut kelompok (dia dah tulis dlm kertas and tampal kat dinding luar tu so carilah ye^^) Macam akak kena kelompok 1 hahaha. Dengar cerita hari interview akak tu dah masuk hari yang kedua untuk zon tengah (haha ingat hari pertama adoi) dan juga hari terakhir~ Lepas dah beratur, dia suruh susun dokumen-dokumen ikut susunan. Ha, lepas tu dia akan suruh calon-calon masuk dalam bilik pendaftaran sedikit demi sedikit, bagi fail dokumen tadi, pakai tag nombor (ini kira cam ID korang lah nanti, dia panggil ikut nombor je, akak nombor 4 HAHA awal kan). Then, semua akan berkumpul dalam satu bilik ni untuk diberi taklimat. Antara tips yang pegawai JPA tu bagi:

  1. Ikat tali tag nombor korang tu atas sikit supaya bila korang duduk time berbincang ke apa dia senang nampak nombor korang.
  2. Sediakan sebatang pen.
  3. Sewaktu perbincangan berkumpulan, pusingkan tag korang ke belakang tengkuk supaya pegawai JPA tu boleh nampak nombor korang masa dia berpusing keliling bulatan perbincangan korang (amboi bahasa haha). So that nanti dia boleh bagi markah kat korang bila korang tengah bagi idea ke apa waktu berbincang tu.
Next, pegawai akan lepaskan korang ikut kelompok masing-masing dan akan dibawa ke bilik perbincangan masing-masing. Dalam bilik tu pulak nanti dia bahagikan korang kepada 2 kumpulan. Masuk je bilik tu, dah letak beg, pergi sapa pegawai-pegawai JPA tu. Nanti dia akan panggil wakil setiap kumpulan untuk pilih nombor 1 atau 2 untuk topik perbincangan yang perlu dibentangkan nanti. Untuk akak, kitorang dapat topik dalam Bahasa Inggeris tapi dibenarkan untuk bercakap dalam kedua-dua BM dan BI ^^. Akak wakil kumpulan akak dan dengan selamba badaknya akak main pilih je nombor 1 dan hamek kau topik "Technology is the key to control the world economy". Group 2 dapat topik "Technology disrupts society" which is much easier than ours hahahaha takpa kita redah je.

Kami diberi masa 30 minit untuk bincang isi-isi yang hendak dibentangkan. Ada sorang group member akak ni (semua perempuan) memang geliga sangat haha speechless akak dibuatnya. Kami diminta untuk tulis semua isi-isi tu atas kertas mahjong, biar tulisan cakar ayam, janji tulis. Kitorang sibuk berbincang sampai tak sedar ada 5 minit je lagi untuk tulis hohoho. Habis masa, group 2 bentang dulu sebab kitorang lambat haha. Antara isi yang diorang bagi (yang akak ingat):

  • Health issues
  • Communication (real life) problems
  • Safety issues
  • (akak tak ingat tapi ada 4)
Akak ingat, ada budak lelaki ni dia explain untuk isi Safety Issues. Dia elaborate on ISIS issues. Saying how the members of ISIS are recruited online and all. Mula-mula, akak blur jap sebab dia tak cerita lagi pasal recruitment tapi memang wow la isi dia. Fyi, korang akan diminta untuk mengajukan soalan dekat group yang tengah present, ha itu yang mencabar sebab they were all unexpected questions but no worries, speak out your opinions and be confident :)

Now, turn group kami. Tbvh, memang kami main campak je isi sebab topik ni macam susah untuk direlatekan dengan world economy. Most of our points ended by profits to only one country. But, since diorang takkan pandang sangat isi (even though banyak juga kemusykilan yang muncul daripada pegawai JPA dan ahli group lagi satu tapi kami teruskan je) dan diorang tengok confidence level calon~ So antara point yang kami bagi:

  • Petroleum/Oil
  • Information Technology/Gadgets
  • Automotive
  • Medical Equipments (Fibre Optics)
Jadi fikir-fikirkan macam mana bidang-bidang teknologi ini mampu mengawal ekonomi dunia (haiyo pening wo haha). Btw, topik-topik ni sama je untuk semua sesi (pagi, tengahari, petang) tapi mungkin berbeza mengikut bilik dan kelompok. 

Untuk sesi interview berkumpulan (dalam 5 orang dipanggil masuk dalam bilik), kami diajukan soalan trivia macam ceritakan tentang diri anda, pendapat tentang kekuatan untuk belajar di luar negara, berikan perbezaan antara "Loving Our Country" dan "Loving Our Government". Time ni semua dah macam nak berdebat hahaha. Takpa, jangan berebut nak jawab. Tunggu kawan lain habis cakap, baru angkat tangan dan cakap. Untuk sesi ni, you have to be yourself. No need to go overboard by making up stories about yourself. Waktu gang (haha gang) kami di'interview' rasanya takda sesaat pun bilik tu senyap. Always full of voices, giving out our opinions.. Dan sudah semestinya, sesi yang ini lebih mudah daripada case study tadi sebab tak payah fikir sangat pun sebenarnya. Korang be honest, that's all. Jangan lupa, duduk tegak, tangan atas paha. Jangan silang kaki ke apa ke ok? 

Selesai interview tu, yang calon lain from kelompok akak pulak yang masuk, which is also the last group for morning session. Which ALSO means that our group took too long during the second session lol. Overall, kelompok 1 habis paling lambat sampaikan time kitorang nak pergi ambik balik fail kitorang dekat kaunter pendaftaran tadi tu, calon sesi tengahari dah siap beratur dalam bilik haha. 

And, finished! Akak cabut terus lepas tu sebab lapar sangat woi. Hahahaha. So, akak harap penerangan akak ni berguna dan dapat membantu adik-adik yang bakal menghadiri program yang sama pada tahun-tahun akan datang :) Good luck okay! Bye-bye~


p/s: post ini mengambil masa sejam untuk ditaip hohoho.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Songs Rec.; 2nd Week of April

- I'm Serious by DAY6
- Love Again by Girls Day

Current

  • - New Book: Replica by Lauren Oliver
  • - New Movie: Beauty and The Beast
  • - New Stationery: Artline Brush Marker & Zebra Mildliner
  • - New Songs: DAY6 - I'm Serious & WINNER - Fool